Skip to content
Home » Alauddin Riayat Shah, Marhum berdarah putih

Alauddin Riayat Shah, Marhum berdarah putih

1. Takhta Melaka menjadi rebutan

HistoPost

Ilustrasi Sultan Mansur Shah

Setelah Sultan Mansur Shah mangkat pada 1477, baginda meninggalkan tanda tanya kepada seluruh Melaka siapa yang akan menjadi Sultan selepas baginda. Hal ini kerana terdapat dua calon iaitu putera baginda Raja Muhammad yang menjadi raja di Pahang atau putera kedua baginda Raja Hussain. Raja Muhammad merupakan putera sulung dan anak kesayangan Sultan Mansur Shah. Baginda merasakan bahawa baginda yang berhak menduduki tahkta yang ditinggalkan bapanya dan bukannya adindanya Raja Hussain. Namun, nama Raja Muhammad tidak lagi di sebut sebagai calon sultan selepas bapanya. Hal ini kerana, peristiwa Raja Muhammad membunuh anak kepada Tun Perak bendahara masyur Melaka. Peristiwa itu membuatkan Sultan Mansur Shah murka dengan tindakan melulu raja muda itu, lalu diarahkan Raja Muhammad untuk keluar dari Melaka dan menjadi raja Pahang. Pahang pada ketika itu merupakan wilayah naugan Melaka. Oleh disebabkan itu, Raja Hussain putera kedua yang baru berusia 15 tahun diangkat menjadi sultan ke-7 Melaka.

Raja Hussain mengunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah semasa baginda menjadi Sultan. Walaupun sultan baharu Melaka itu muda dan masih boleh dianggap mentah. Tetapi, Sultan Alauddin Riayat Shah berjaya membuktikan kesediaan beliau untuk mentadbir Melaka. Menurut Prof. Dr. Mohd. Yusoff Hashim, menerusi bukunya ” kesultanan Melayu Melaka” Sultan Alaudin merupakan seorang Raja yang gagah perkasa dan bijaksana. Baginda amat mementingkan keselamatan dan keamanan rakyat melaka. 

2. Sultan yang Memantingkan Negeri dan Agamanya

HistoPost

Ilustrasi Sultan Alauddin Riayat Shah

Diceritakan dalam satu peristiwa Sultan Alauddin Riayat Shah sanggup menyamar bersama pengiringnya mengawal kota Melaka di malam hari. Pada suatu malam, semasa baginda membuat rondaan bersama pengiringnya Hang Isap terdapat sekumpulan perompak sedang melakukan rompakan. Baginda terus bergegas bagi menagkap perompak-perompak itu berlaku pergelutan diantara Sultan negeri itu bersama sekumpulan perompak. Setelah menyedari yang mereka sedang beradu bersama Sultan Melaka sendiri, perompak itu cuba melarikan diri. Namun, berkat kehebatan dan kebijaksanaan baginda yang di kurniakan Allah, akhirnya baginda bersama pengiringnya berjaya menumpaskan lima orang pencuri itu. 

Ilustrasi Sultan Alauddin Shah dan pengiringnya Menumpaskan Perompak

Sultan Alauddin Riayat Shah juga terkenal sebagai sultan yang alim dan warak. Baginda adalah seorang ahli Sufi, pengamal ilmu Tasawuf yang lebih mementingkan akhirat daripada dunia. Baginda tidak hairan dengan pangkat, nama dan harta. Semasa pemerintahan baginda, baginda menerapkan nilai-nilai syariah dalam pentadbiran seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka. Hal ini mewujudkan satu sistem pemerintahan yang adil, bermuafakat bermusyawarah dan persamaan taraf. Sebagai contoh, sesiapa yang didapati bersalah kerana mencuri akan dikenakan hukuman potong tangan seperti yang diajarkan dalam Islam

3. Mangkatnya Sultan, Santapan Raja Menjadi Punca

HistoPost

 

Namun, dalam masyurnya baginda masih terdapat iri dalam hati mereka yang berniat jahat. Pada tahun 1488, semasa baginda sedang melawat kawasan Pagoh. Dalam satu majlis makan-makan, makanan baginda telah diracun. Kesan daripada racun itu telah memebawa kepada mangkatnya seorang sultan melayu Melaka di Pagoh.

Terdapat pendapat mengatakan baginda di racun oleh pembesar-pembesar tempatan yang tidak menyukai cara pentadbiran baginda. Ada juga cerita yang mengatakan peristiwa keracunan sultan Melaka itu didalangi oleh kakanda baginda sendiri Raja Muhammad yang sudah lama berdendam dengan adindanya yang mengambil takhtanya di Melaka. Oleh itu baginda sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan Sultan Alauddin Riayat Shah tidak menjadi sultan Melaka dan apabila Sultan Alauddin Riayat Shah menjadi sultan Melaka, seperti peribahasa tak dapat tanduk, telinga dipulas baginda iri dan bertindak membunuh adindanya bagi menebus dendamnya. Namun, tiada bukti kuhuh yang dapat dibuktikan Raja Muhammad terlibat dalam pembunahan itu.

Makam Sultan Alauddin Riayat Shah, Pagoh

Misi Penaklukan Melaka

1. Atur Gerak Afonso de Albuquerque HistoPost Di Goa, Afonso de Albuquerque tersenyum apabila mendengar berita tentang kucar-kacir yang berlaku di Melaka. Inilah waktu paling sesuai baginya untuk menakluk melaka. Pada akhir april 1511, beberapa armada Portugal mula berangkat meninggalkan India dan tujuan mereka adalah Melaka.Selepas beberapa bulan berlayar akhirnya

Read More

Keunggulan Melaka Diintai Barat

1. Abad-16 penanda permulaan ‘Zaman Penjelajahan’ HistoPost Jauh di benua Eropah di saat negara-negara Eropah lain berada dalam masalah politik seperti di England yang terkenal dengan perang bunga ros yang melibatkan peperangan sesama bangsawan England. Namun, terdapat sebuah negara Eropah yang bernama Portugal berada dalam keadaan politik yang baik. Portugal

Read More

SeAbad melaka di puncak kegemilangan

1. Penguasa di saat Melaka punya segalanya HistoPost Ilustrasi Kota Melaka pada kemuncak kegemilanganya oleh Faizal Selepas Sultan Alauddin Riayat Shah pergi dengan gelaran marhum berdarah putih, kini giliran anakandanya Sultan Mahmud Shah pula menaiki takhta pada tahun 1488. Pada ketika baginda menjadi sultan, Melaka ketika itu sedang berada dalam

Read More

Alauddin Riayat Shah, Marhum berdarah putih

1. Takhta Melaka menjadi rebutan HistoPost Ilustrasi Sultan Mansur Shah Setelah Sultan Mansur Shah mangkat pada 1477, baginda meninggalkan tanda tanya kepada seluruh Melaka siapa yang akan menjadi Sultan selepas baginda. Hal ini kerana terdapat dua calon iaitu putera baginda Raja Muhammad yang menjadi raja di Pahang atau putera kedua

Read More

Sultan Melaka beristerikan Puteri Cina

1. Hubungan Melaka-China terus diperhebatkan HistoPost Tahun 1458 adalah Sultan Mansur Shah menaiki takhta mengantikan ayahanda Sultan Muzaffar Shah yang mangkat. Bagi menunjukkan yang baginda adalah sultan yang berpengaruh Sultan Mansur Shah telah menghantar rombongan ke China untuk memberitahu Maharaja China yang Melaka kini memiliki seorang Sultan yang baharu, disamping

Read More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *